Friday, August 13, 2004

My Proof!!

Although there is no mention of my name here at all but this proof that all my hardwork have somehow paid off. My pride and my glory!!

ASC juara Festival Teater Selangor

SHAH ALAM: Kumpulan Teater The Art Stage Club (ASC) muncul johan Festival Teater Selangor 2004 mengalahkan 14 kumpulan lain menerusi persembahan Tinggi-tinggi Si Matahari, karya Allhyarham Bidin Subari atau lebih dikenali dengan nama penanya Malina Manja.


Mereka membawa pulang wang tunai RM4,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.Naib johan dimenangi Kelab Teater Ceritera Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia (KUTPM), dengan hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penyertaan menerusi persembahannya Gelanggang Tok Wali, karya Ismail Kassan. Tempat ketiga dimenangi Kelab Teater Rimba Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempersembahkan Syajar, juga karya Ismail Kassan.Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.Kumpulan harapan dimenangi Kelab Teater Bahasa Inggeris Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan mempersembahkan A Midsummer Night's Dream karya William Shakespeare.Mereka menerima hadiah wang tunai RM1,500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Semua hadiah pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin.Turut hadir Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Norliza Ahmad; Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Selangor (JKKW) Sermaini Pien dan Yang Dipertua Majlis Teater Selangor (MTS), Kamaruzzaman Ibrahim.

Festival itu turut memilih Mohd Rafi Jafranee dari ASC sebagai pengarah terbaik. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.Persembahan teknikal terbaik dimenangi oleh Kumpulan Kelab Teater Rimba UKM; Pelakon Lelaki Terbaik, Ibrahim Sabri yang memegang watak Lasam (Tinggi-tinggi Si Matahari - ASC) dan pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Mohd Shukry Abd Rahman dari Kumpulan T@mu Multimedia Universiti dari Universiti Multimedia (UMM).Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Lailatul Badri Muhammad dari Kelab Teater Ceritera manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Norhasliza Hassan dari Kumpulan Sanggar Teater Produa (Santap).

Sementara itu, Yusree Sarijan dari Kumpulan Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (Resam) dipilih sebagai Pelakon Lelaki Harapan~ manakala Siti Salwa Mawardee dari Kelab Teater Bahasa Inggeris UIA, dipilih sebagai Pelakon Wanita Harapan.

Article taken from Berita Harian (Edisi Tengah), Wednesday 11August 2004.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails