Wednesday, August 03, 2005

A friend of mine sent this email to me and I thought that it was too interesting to let it lay round in my inbox and be forgotten. The author whoever the person is has terrific insights. It's a shame too that the person feels that he/she couldnt disclose their name to the world since the writing is really good. But then again that's Malaysians. Always afraid that the world will be offended by what they say. Speak up people! Tell the world how you feel! Too bad it's written in Malay. Maybe one day I'll get the energy and the will to actually translate it to English so that I can share it to the world. But till then... to all who can read and understand Malay, tell me what you think.

Source: http://virtualfriends.net
Directory: Lifestyle
Author: unknown
Posted By: ladyice (NuR, LyNn)
Posted On: Tue, 02 Aug 2005 08:13:14 AM

Description:
Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia, Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada pembangunan akhlak.

Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.

Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan golongan lelaki dalam mencari jodoh.

Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri awal-awal lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.

Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi cuba tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak komen peserta tu dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik dia tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang. Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.

Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan lebih sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang sebenarnya adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah, orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga, fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita.

Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka. Buat apa undi sedangkan tidak ada

faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung. Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.

Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar. Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak berkahwin sampai mencecah umur 40.

Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.

Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami semua ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali pun sehingga dibuang begitu saja tanpa adanya kebaikan tertentu. Yang nyata keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita kat luar juga t! idak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolok dan dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki ini ditolok. Kalau dah ditolok sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton memuja Mawi, Zahid, Jaqline Victor dan sebagainya atas dasar penilainya dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari realiti keburukan..



Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja. Jadi dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam mencari seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida. Jauh sekali wanita itu dari kalangan keraba diraja atau golongan hartawan. Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insan yang bernama Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .

Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan. Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu penonton tahu.

Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal. Jika program ini menyediakan 10 lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.

Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan kita pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran pula adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam. Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.

Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari rating tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir seorang pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di ! rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang sebenar.

Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat rating dan disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang dan keinsafan daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah haluan hidup yang tak pasti.


Note from Lishaznia:
I've always thought that dating reality shows are crap. They make the girls all look slutty and cheap. Not to mention highly desperate. While the guys all look pathetic coz they cant pull in girls and both genders just cant help but look shallow. Why would respectable men and women would actually want to join shows like that. Does money and fame worth sacrificing yur dignity?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails