Blogpost ini sempena meraikan kali pertama Shan Aziz menerima komen 'anonymous'. Setelah bertahun-tahun menjadi blogger akhirnya si anonymous sudi meninggalkan sepatah dua kata. Komen anonymous ni bukan sebarang komen ye, ini komen anonymous yang telah mengutuk diri kerdil ini 'perasan'. Adakah Shan Aziz perasan? Iye. Kadang-kadang saya ni memang perasan jugak orangnya. Tapi rasanya takdelah lebih-lebih sangat. Kalau orang perasan sedar yang diri dia perasan maka dapatlah dia meng-'kontrol' keperasanan diri dia sendiri. Tapi kalau orang yang perasan tak sedar yang dia tu perasan... haih parah situasi tu.
Persoalannya sekarang, kenapa perlu meng-anonymouskan diri sendiri? Saya rasa kalau nak beri kutukan kritikan membina ataupun sekadar ingin menegur, apa salahnya memperkenalkan diri sendiri. Kadang-kadang ada juga isu yang membuatkan ramai warga-warga anonymous ni semua bergaduh sesama sendiri. Sampai naik konfius nak baca semua komen. Ada juga situasi di mana warga-warga anonymous ni berdebat sesama sendiri sampaikan orang lain boleh tahu identiti masing-masing. Kalau cam gitu, baik tak payah jadi anonymous. Itu sudah famous.
Tapi takpelah, mungkin warga anonymous itu semua tak gila glamer. Low profile la katakan. Cuma eloklah kalau kita semua ambil iktibar dari pepatah omputih ni,
"If you have nothing nice to say, then don't say anything at all."
Tak macho aaa jadi anonymous.
8 comments:
hehe..yg guna nick anonymous tu memang takde telur punya orang :)
Congratulations. You are now famous. Wuhoo!
Shan, apa komen dia tinggal tu, which entry? Gila kecoh. Haha.
Hek eleh. Kecoh seh. suka hati lah org nak perasan.
Aku punya blog aku punya sukalah. Fail lah anonymous nie. EPIC FAIL!
Biarlah dia Shan. Orang tak famous mmg mcm tu.
Probably just jealous.
Um..and this has nothing to do with anything, but your signature at the end of every post is awesome, so I was wondering if I could steal the idea from you, muahahaa.
ainnur juga sgt tidak suka sama anonymous...
sgt annoying.
ergghh.
hate cik anon...ish...
Anna: LoL. So the mark of being famous is getting anon comments? So kira I tak famous sangat lagi coz baru dapat satu :p But thanks hehehe
Zeti: You nailed the correct expression. EPIC FAIL :)
Farah: You can totally 'steal' the idea. I 'stole' the idea from someone as well :P But lemme try to find the website again coz I disabled the link when I added it to my blog. I shall put the website on one of your blog comments :)
Ain & Bee Bee: Anon Comment haters unite :P
mungkin anon tu artis2 kut..contohnya farid kamil ke..lisa surihani ke..dorg nak kena jaga imej.PA tak kasi bubuh nama
Latest Entri : Peristiwa Subuh
Post a Comment