Tarikh: Isnin, 5 April 2010
Lokasi: Simpang dari UIA menuju cabang Ampang (MRR2)/KL (Karak) di highway. Masa: 9.30pm
Situasi: gelap-gelita
Mr. JayPeeJay: Awak terkejut ke saya suruh awak berhenti?
Shan: Agak ah (mata bulat ketakutan, muka pucat lesi sambil tangan menggenggam erat stereng kereta. Kesan genggaman itu masih lagi berada di stereng kereta sampai sekarang.)
Mr. JayPeeJay: Cermin kereta awak ni gelap ni.
Shan: heh? (mata kini bulat kebingungan)
Mr. JayPeeJay: Awak buat semua cermin ke? (dia mengeluarkan lampu suluh dan menyuluh kesemua cermin kereta. Muka serius je).
Shan: haaa?! (sekarang mulut pula ternganga luas. Alhamdulillah kawasan tu takde serangga2 terbang.)
Mr. JayPeeJay: Bila awak buat cermin ni?
Shan: T..tak buat pape pun encik. Apa yang saya dapat t.. time beli kereta ni, n... ni je lah. (haih... gagap la pulak)
Mr. JayPeeJay: Betul ke ni?
Saya: (mata semakin bulat) B... betul encik. Saya ni mana tahu sangat bab2 kereta ni (butiran peluh sejuk mula berkumpul di dahi)
Mr. JayPeeJay:: Macam susah nak percaya je...
Saya: B..b betul encik. Saya memang tak buat pape. Kalau tak percaya boleh telefon mak saya (terus keluarkan handphone dan dail nombor mak.)
Mr. JayPeeJay: Eh. Tak payah... tak payah. (Dia belek2 cermin lagi. Lepas tu dia pandang muka saya. Saya pun pandang balik muka dia).
5 minit berlalu.
Mr. JayPeeJay: Cermin ni gelap ni. Awak kene pergi check kat JPJ.
Shan: Okay, okay. Saya pergi check.
Mr. JayPeeJay: Kalau betul gelap awak kena bayar denda.
Shan: Hah? Ye ke? Okay, okay saya pergi check.
Mr. JayPeeJay: (geleng kepala) Haih... okaylah. Awak pegi baliklah.
Shan: Boleh balik eh? Okthanksbye. (tanpa ragu2 terus tekan minyak dan blah)
2 jam kemudian.
Shan: (tengah baring2 tiba2 terbangun) Laaa... dia nak aku hulur duit ke?
Inilah alkisah seorang perempuan lurus bendul yang tak pernah kena tahan polis/ JPJ. Kadangkala lurus bendul tu ada hikmahnya juga ye.
4 comments:
dalam banyak kes.... perempuan sure dapat pelepasan kalau kena tahan...hohoho
Memang gelap ke ur cermin keta? Hahaha. Curiousssssness.
Eh datanglah jumpa Luqman!
Anna Joe: Tak gelap la. Thing is lawak tul diorang ni nak tahan I for cermin gelap at a junction yang memang gelap gelita. Dah la keta I gelap... kawasan pun gelap. Sah sah la cermin I nampak gelap. Time siang hari tak nak pulak tahan I. isk isk isk.
And I shall visit Luqman soon!! Promise :)
Bagus jugak jadi lurus bendul macam ni. Takyah bagi duit kekekke ;PP
Post a Comment