Blogpost ini sempena meraikan kali pertama Shan Aziz menerima komen 'anonymous'. Setelah bertahun-tahun menjadi blogger akhirnya si anonymous sudi meninggalkan sepatah dua kata. Komen anonymous ni bukan sebarang komen ye, ini komen anonymous yang telah mengutuk diri kerdil ini 'perasan'. Adakah Shan Aziz perasan? Iye. Kadang-kadang saya ni memang perasan jugak orangnya. Tapi rasanya takdelah lebih-lebih sangat. Kalau orang perasan sedar yang diri dia perasan maka dapatlah dia meng-'kontrol' keperasanan diri dia sendiri. Tapi kalau orang yang perasan tak sedar yang dia tu perasan... haih parah situasi tu.
Persoalannya sekarang, kenapa perlu meng-anonymouskan diri sendiri? Saya rasa kalau nak beri kutukan kritikan membina ataupun sekadar ingin menegur, apa salahnya memperkenalkan diri sendiri. Kadang-kadang ada juga isu yang membuatkan ramai warga-warga anonymous ni semua bergaduh sesama sendiri. Sampai naik konfius nak baca semua komen. Ada juga situasi di mana warga-warga anonymous ni berdebat sesama sendiri sampaikan orang lain boleh tahu identiti masing-masing. Kalau cam gitu, baik tak payah jadi anonymous. Itu sudah famous.
Tapi takpelah, mungkin warga anonymous itu semua tak gila glamer. Low profile la katakan. Cuma eloklah kalau kita semua ambil iktibar dari pepatah omputih ni,
"If you have nothing nice to say, then don't say anything at all."
Tak macho aaa jadi anonymous.