Tuesday, July 13, 2010

Dilemma Orang Melayu

One Malaysia is a myth?

Kenapa agaknya orang Melayu selalu dikaitkan dengan kerja kerajaan? Orang Cina pula mesti jadi businessman and orang India jadi peguam atau doktor. Adakah itu satu kemestian jikalau kita dilahirkan sebagai seorang Malaysian?

Tak lama dulu aku diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Syarikat itu milik seorang warganegara Australia yang dah menjadi penduduk tetap Malaysia. Walaupun aku 'excited' dapat masuk syarikat tu tapi tak sangka la pulak ramai yang memberi respon negatif dan memberi amaran agar berjaga-jaga. Kata mereka sektor swasta ni susah lebih-lebih lagi jika boss bukan orang Melayu. Ramai berpendapat kalau nak kerja senang, mesti cari syarikat yang majoriti pekerjanya sama kaum dengan kamu. Pada pendapat aku, pemikiran begini macam ada unsur-unsur perkauman je. Setiap bangsa seolah-olah dikategorikan dengan perangai tertentu maka kaum berlainan tak boleh 'ngam'. Tak boleh bekerjasama.

Yang paling mengecewakan apabila majoriti yang berpendapat begini adalah orang Melayu. Ramai yang sanggup menolak peluang pekerjaan yang lebih elok semata-mata ingin mengelak daripada bekerja dengan orang berlainan kaum. Jika ditanya kenapa meraka berbuat demikian, semua memberi alasan mendengar terlalu banyak 'horror story' mengenai bekerja dengan mereka yang berlainan kaum. Inilah orang Melayu kita, baru dengar 'horror story' je dah give up terus. Jikalau korang give-up lepas korang cuba bekerja kat situ, itu lain cerita. Ini cuba pun tidak, tapi dah give up awal-awal. Isk... isk... isk...

Tapi takleh nak salahkan orang Melayu je. Kaum lain pun selalu juga bertanggapan negatif kat orang Melayu. Ramai boss-boss bukan Melayu yang tak suka mengambil pekerja Melayu. Pada pandangan diorang pekerja Melayu adalah pemalas dan tak boleh diharap. Sesetangah syarikat swasta hanya mengambil pekerja Melayu kerana perlu memenuhkan kuota pekerja bumiputera. Jika diberi peluang mereka langsung tak nak mengambil pekerja Melayu. My supervisor secara terang-terangan mengaku yang dia berfikir 2-3 kali bila kena interview orang Melayu. Bukan kerana dia tak suka orang Melayu tapi disebabkan reputasi orang Melayu yang konon-kononnya pemalas dan tak suka cabaran dalam pekerjaan. Nasib baik juga aku berjaya meyakinkan dia yang aku bukan orang sebegitu, jadi aku pun dapat la kerja tu. Tapi bayangkanlah situasi interview di mana kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, masing-masing ada tanggapan negatif terhadap pihak yang satu lagi tu. Macam mana nak bekerjasama kalau dari awal lagi dah takde kepercayaan langsung.

Sampai bila la rakyat Malaysia nak hidup dalam stereotaip negatif ni. Kalau pekerjaan setiap individu dah ditentukan buat apa ajar anak-anak Malaysia untuk ada cita-cita. Baik cakap je terus "Aiman, nanti bila dah besar nanti takleh kerja selain daripada kerja kerajaan tau. Kena kerja situ sebab orang Melayu semua kerja situ." Rasanya dia akan jawab "Aiman tak kisah" tak?

Konklusinya setiap orang ada kehebatan tersendiri. Jadi tak kiralah bangsa apa pun orang tu, peluang mestilah diberi tanpa sebarang prejudis. Walaupun aku seorang berbangsa Melayu, namun aku bukan hak milik kerajaan.


9 comments:

sujairi said...

aku sokong 100% fakta ni.. buktinya dah 6 tahun aku x pernah apply mana2 kerja kerajaan.
semua org kata aku bodoh,bangang dan x pernah fikir masa depan.. aik? kerja dgn kerajaan baru ada masa depan ke? Hellooo..

Aku lg suka kerja swasta coz lebih mencabar dan x duduk menghadap fb , mengumpat sana sini..gosip itu ini.. kalau kerja dgn Cina terutamanya, masa kita akan penuh dgn ilmu, tugasan dan pelbagai lagi aktiviti yg berfaedah dan mampu mendisiplinkan kita sepanjang masa.

kerja gov? memg ok.. tapi dari umur 20 shinggalah pencen..kehidupan akan tetap dalam putaran yg sama. BORING...

velasrizal said...

good info keep it up..

Sandwich Dalam Tin ?

Aslina said...

keje gov senang buat loan. keje gov nanti dapat pencen. keje gov ramai melayu. keje gov senang dapat macam2...

apa benda yang macam2 tu?

ngular? heh.

takde cabaran btol.

ramai yang keje gov, buat keje sambilan lain. sebab keje gov adalah masa sangat lapang dan keja cuma banyak bila audit datang.

heh. fun kan?

lepas tu aku terfikir. sapa yang jana ekonomi negara ni sebenarnya? bila tengok keje gov macam tak berapa nak keja sangat?

Unknown said...

Sujairi: I agree with you? Takkan keje gov je kerja yg ada masa depan? Kalau cam gitu buat apa ada sektor swasta. Might as well gov je yg control sumer. Pemikiran cam gitu adalah pemikiran orang yg malas nak bersusah payah and malas nak plan bebetul kehidupan diorang.

Ninaneno: Ye memang betul kerja gov dapat banyak perks tapi tak semestinya kerja swasta perks takde. And I totally agree with you about kerja swasta you're more productive. Kenapa la orang Melayu ni takut sangat nak bekerja keras sikit?

Tapi when u mention keje gov ni mcm tak produktif je, terpikir lak tang proses nak masuk keje gov ni. Punya la banyak proses nak lalui masuk keje gov, sampai interview berkali-kali and physical test la untuk dapatkan the best of the best, tapi produktiviti keje still ntahpeapa gak. Mana peginya the best of the best tuh?

zuliana_me said...

Hello... Yea, betul! Saya setuju dengan tajuk kita hari tuan pengerusi ;)

People tend to generalize others, usually according to race; that's a fact. We sumtims do that too. So that's when we have all the statements:
-Melayu malas.
-Cina jahat.
-India berlagak/ penipu.

Although the statements could be true in some cases, still, not all the time.
Before this I worked at Fujifilm, where most of the employees are Chinese. They were all very friendly & hardworking; let it be malay/ chinese/ indian. They had the same work ethic. My current company (white & malaysian employees) is even better.alhamdulillah.

While Topglove is well known for its bad treatment/welfare to its employees. So you see, it's not purely about race but it's about an individual which later develops a group attitude. Wah, panjang sudah... Be strong girl!

Tini Rahim said...

I have quite a different take when it comes to this. Unlike most Malays yang terpengaruh dengan "horror stories", I find it perfectly okay to work under an Indian boss, and being supervised by a Chinese lady from the mainland, and a Canadian expat.

Positive side of this, their energy is different. In corporate world, the non Malays seem to be dynamic and are always up to challenge. They loved to look for potentials and groom them to be better and all rounders. Dalam my company, my department je yang ada non-Malays, while department2 lain 100% Melayu.

So the difference is obvious. dari segi kesanggupan; kesanggupan utk kerja lebih masa, bersosial dengan CEO, belajar benda baru etc.

Im very sad to say, most departments yg 100% Melayu sangat2 selesa dengan kedudukan sekarang. Buat kerja yang sama dari mula2 masuk sampai 3-4 tahun bekerja. And some of them my CEO susah nk igt nama sebab they dont have the intiatives to stand out and make effort to be noticable. Duduk semeja dgn CEO pun nampak awkward. Lunch pun dengan org2 yang sama everyday. PR hancus.

Kerja dgn non-Malays, especially the expats, ada byk advantages. U get to learn more, u get to voice out your feelings,n u tend to be more independant.

Negative side of this, the non-Malays, they cant fully understand how Malays think. My own experience, being a Malay, I am taught to think before I talk, and if I have nothing smart to say, I might as well just listen. But to them, this is viewed as being reserved, while they tak sedar, smtimes benda yg diorg cakap tu salah and just mere assumptions.

And they also dont always realize that in Malay culture, we prioritize family more than anything. So often when they invited me to go to social networking events on weekends or afterwork, I can't cause I have family activities (weddings, gathering, etc).

This fact smtimes make them look at me at me as if to tell me that I should go out and meet new people more often, instead of being with the same people every week.

Also, they are also not comfortable when I say "sorry" too often or simply "being too nice".

And yeah, even when we Malays want to be more multiracial, some non-Malays will downright view us as tak boleh diharap. In my case, some partners or clients dont really take me seriously, unless they deal directly with my Chinese supervisor or the Canadian. That sometimes ruin my self-confidence and pikir "might as well aku kerja dengan Melayu je".

My advise, ada pros and cons in choosing who you're working with. Both pun ada consequence tersendiri but decide which consequence worths more.

Hihi sorry Kak Shan, berjela-jela pulak I komen :P

Pey Sien, Low said...

Oh hey I'm a Chinese.. I pikir benda yg sama jg..

I'm yet to have my working experience.. But I've attended the National Service & got along quite well with my Malay friends.. They are really friendly & fun..

But on the other hand the guys think the opposite.. may be the guys are naughtier? just my assumption.. but I can mix quite well with my Malay male friends too..

Gahh.. you bet I miss all of them...

Sometimes the language we speak is a barrier ie doesnt understand each other.. Malay and Chinese does actually have different point of view.. But I believe 1Malaysia's not a myth! It will realise some day... yea.. someday..

thul said...

eja dilema dalam bahasa malaysia pakai satu 'M' je wei. apa da.

Anonymous said...

Rumah 500k or 1 juta tak mampu dibeli oleh melayu sebab rata2 makan gaji dengan kerajaan. Balik2 kerja dengan kerajaan juga yang orang melayu puja. Cubalah kita didik anak bangsa kita agar jadi usahawan. Kerja dengan swasta memang letih dan teruk, tapi banyak mengasah kepakaran dan kemahiran. Macam saya, walaupun gaji bulan ciput, berkat daripada kemahiran saya, fulus yang saya dapat hasil keje partime mencecah 1k or 2k setiap bulan, senang2 masyuk... Itulah hasil kemahiran yang saya dapat semenjak kerja dgn swasta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails