One Malaysia is a myth?
Kenapa agaknya orang Melayu selalu dikaitkan dengan kerja kerajaan? Orang Cina pula mesti jadi businessman and orang India jadi peguam atau doktor. Adakah itu satu kemestian jikalau kita dilahirkan sebagai seorang Malaysian?
Tak lama dulu aku diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Syarikat itu milik seorang warganegara Australia yang dah menjadi penduduk tetap Malaysia. Walaupun aku 'excited' dapat masuk syarikat tu tapi tak sangka la pulak ramai yang memberi respon negatif dan memberi amaran agar berjaga-jaga. Kata mereka sektor swasta ni susah lebih-lebih lagi jika boss bukan orang Melayu. Ramai berpendapat kalau nak kerja senang, mesti cari syarikat yang majoriti pekerjanya sama kaum dengan kamu. Pada pendapat aku, pemikiran begini macam ada unsur-unsur perkauman je. Setiap bangsa seolah-olah dikategorikan dengan perangai tertentu maka kaum berlainan tak boleh 'ngam'. Tak boleh bekerjasama.
Yang paling mengecewakan apabila majoriti yang berpendapat begini adalah orang Melayu. Ramai yang sanggup menolak peluang pekerjaan yang lebih elok semata-mata ingin mengelak daripada bekerja dengan orang berlainan kaum. Jika ditanya kenapa meraka berbuat demikian, semua memberi alasan mendengar terlalu banyak 'horror story' mengenai bekerja dengan mereka yang berlainan kaum. Inilah orang Melayu kita, baru dengar 'horror story' je dah give up terus. Jikalau korang give-up lepas korang cuba bekerja kat situ, itu lain cerita. Ini cuba pun tidak, tapi dah give up awal-awal. Isk... isk... isk...
Tapi takleh nak salahkan orang Melayu je. Kaum lain pun selalu juga bertanggapan negatif kat orang Melayu. Ramai boss-boss bukan Melayu yang tak suka mengambil pekerja Melayu. Pada pandangan diorang pekerja Melayu adalah pemalas dan tak boleh diharap. Sesetangah syarikat swasta hanya mengambil pekerja Melayu kerana perlu memenuhkan kuota pekerja bumiputera. Jika diberi peluang mereka langsung tak nak mengambil pekerja Melayu. My supervisor secara terang-terangan mengaku yang dia berfikir 2-3 kali bila kena interview orang Melayu. Bukan kerana dia tak suka orang Melayu tapi disebabkan reputasi orang Melayu yang konon-kononnya pemalas dan tak suka cabaran dalam pekerjaan. Nasib baik juga aku berjaya meyakinkan dia yang aku bukan orang sebegitu, jadi aku pun dapat la kerja tu. Tapi bayangkanlah situasi interview di mana kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, masing-masing ada tanggapan negatif terhadap pihak yang satu lagi tu. Macam mana nak bekerjasama kalau dari awal lagi dah takde kepercayaan langsung.
Sampai bila la rakyat Malaysia nak hidup dalam stereotaip negatif ni. Kalau pekerjaan setiap individu dah ditentukan buat apa ajar anak-anak Malaysia untuk ada cita-cita. Baik cakap je terus "Aiman, nanti bila dah besar nanti takleh kerja selain daripada kerja kerajaan tau. Kena kerja situ sebab orang Melayu semua kerja situ." Rasanya dia akan jawab "Aiman tak kisah" tak?
Sampai bila la rakyat Malaysia nak hidup dalam stereotaip negatif ni. Kalau pekerjaan setiap individu dah ditentukan buat apa ajar anak-anak Malaysia untuk ada cita-cita. Baik cakap je terus "Aiman, nanti bila dah besar nanti takleh kerja selain daripada kerja kerajaan tau. Kena kerja situ sebab orang Melayu semua kerja situ." Rasanya dia akan jawab "Aiman tak kisah" tak?
Konklusinya setiap orang ada kehebatan tersendiri. Jadi tak kiralah bangsa apa pun orang tu, peluang mestilah diberi tanpa sebarang prejudis. Walaupun aku seorang berbangsa Melayu, namun aku bukan hak milik kerajaan.